Thursday, October 13, 2005

ehem...

terima kasih kawan kawanku kerana anda masih sudi melayari blog saya ini... walaupun ketiadaan entry baru...

walaupun hampir sebulan blog ni terabai...

walaupun zahirnya kelihatan blog ini sepi, tapi masih dipenuhi oleh jeritan jeritan kalian semua...

bes bes... kalian memang bes...

terdapat juga banyak pertanyaan misteri dan provokasi tersirat yang telah membuatkan saya tersenyum seorang diri, membuatkan saya berasa kelu untuk berkata kata... lalu mengambil keputusan untuk membisu seribu bahasa...

kelu untuk berkata kata... hehehe...

banyak mahu diceritakan, tetapi ketiadaan masa... saya sangat kesibukan sekarang ni... ditambah pula dengan kehilangan kemudahan broadband di rumah... terpaksa berjalan kaki ke universiti untuk melangkah masuk ke alam siber ini...

saya juga kehilangan kemahiran untuk menulis... idea bercambah di kepala, tetapi tidak mampu dibicarakan di sini...

tidak tahu mengapa...

oh ye,
isnin ini saya akan kembali menjadi warganegara Malaysia sepenuhnya...

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Dah nak balik, eh? Bye!

4:46 pm  

Post a Comment

<< Home