Saturday, January 21, 2006

Seluar Dalam

aku sudah mula pandai membeli seluar dalam sendiri ketika aku berada di tingkatan 3... aku dulu duduk kat hostel... semasa aku form 1 dan form 2, walaupun ketika itu aku cuba berimej seorang otai sekolah dengan memakai seluar sekolah tempah boot cut 19 inci di bawah, still parents aku yang diharapkan untuk membeli seluar dalam aku... bukan bermakna ketika itu aku tak suka pakai seluar dalam, cuma aku tak berapa ambik kisah sangat sebab benda alah kecik itu memang selalu tersedia ada untuk aku...


baru baru ni semasa aku membawa mak dan adik aku bershopping di Tesco, dan membiarkan mereka bershopping berdua bersama troli troli mereka, aku berjalan seorang diri cuba mencari sehelai boxer untuk dibeli... aku melintasi department seluar dalam yang berada bersebelahan dengan longgokan boxer boxer... aku berhenti sebentar di situ, “dah lama tak beli spender” getus hatiku... ada macam macam brand... Depi, Crocodile, Hush Puppies... aku mengambil sekotak set seluar dalam untuk kuamati harganya... errkk? RM16.90? biar betul? 4 helai seluar dalam hanya RM16.90? apesal murah sangat? Dulu masa sekolah dulu pun 4 helai dah RM20... brand yang sama... tu harga 10 tahun lepas... baru aku tersedar, kenapa sekarang ni macam takde kenaikan harga seluar dalam...

apa yang telah terjadi pada industri seluar dalam negara kita? atau industri global, secara amnya...

Image hosting by Photobucketadakah industri seluar dalam kita berfahaman sosialis? mesra rakyat? mungkinkah kita mendapat bantuan subsidi kewangan dari kerajaan seperti minyak petrol? itu perkara mustahil... tak mungkin juga seluar dalam termasuk dalam list barangan kawalan macam gula dan beras... bayang la, harga cili naik, harga minyak naik, harga batu bata naik, harga teh tarik naik, tambang bas sekolah naik, harga ikan naik, tapi harga seluar dalam tak berubah, malah mungkin menurun...

tak terpikir pun apa sebab yang sebenarnya...

apa apa pun, tahniah kepada pengeluar seluar dalam, kerana tak penah membebankan pembeli dan pengguna... barang essential seperti seluar dalam ni memang tak sepatutnya berlaku kenaikan harga... diharapkan pekebun dan peraih cili dan sayur dapat mengambil panduan dan langkah yang sama dalam hal ni... kalau kenaikan harga minyak dijadikan alasan untuk menaikkan harga cili dan sayur, pikirkanlah bahawa pengeluar seluar dalam juga turut merasai bebanan harga minyak kerana mereka perlu menghantar seluar dalam dari kilang ke pembekal atau ke supermarket... dengan erti kata lain, they also have the same burden to be dealt with... so mungkin ada kewajaran disitu...

kerana itu juga kita tidak pernah melihat ada peniaga menjual seluar dalam bundle di pasar...

(hehehe kalau tak wajar pun, anggapla aku just merepek je kat sini... memang iye pun...)

8 Comments:

Anonymous Anonymous said...

lawak sungguh.. seluar dlm pun boleh jadi modal blogging.. terhibur hati aku baca..

10:23 pm  
Anonymous Anonymous said...

perihal spender ni aku teringat satu cite,satu hari aku ke kolej sewaktu aku memakai lagi sepender.oleh kerane cuace agak panas,spender kebasahan oleh peluh.
aku naik ke hostel membe aku,saje melepak.kemudian aku meminjam tuale membe aku lantas membuka spender dan kembali memakai selua.aku campakkan spender keramat aku tuh ke dalam almari kosong sebelah membe aku.khakahka...kemudian hari hari berikutnye aku tidak collect spender itu,aku tidak tau kesudahan spender itu.mungkin ada yg membuat kain buruk atau pemegang kuali,atau ada juga membasuh dan memakainya. yaa..itu lah kali terakhir aku kerap memakai spender...

1:12 am  
Anonymous Anonymous said...

haha..menarik posting kau ni ye Bam..
Anyway, memang sekarang ni bukan zaman org pakai spender atau boxer lagi dah..
sebab tu demand kurang kot..aku sendiri pun tak pakai.Rasa tak selesa dan panas.pastu nak menjaga nya satu hal.pegi mampus org nak cakap ape.Ada satu kajian memakai spender yg ketat antara penyumbang masalah ketidaksuburan di kalangan lelaki.'Adik'comel tu pun nak bernafas gak..nanti lemas beb.

3:19 am  
Anonymous Anonymous said...

yaa btol..aku sokong..sebab aku antara penggiat tidak berspender tanah air

8:09 am  
Anonymous Anonymous said...

Razif, isu yang Sdr bawa ini menarik, kreatif dan memikat. Aku suka layan idea2 macam ini. Syok, teruskan lagi! Lucu dan sinis tetapi padat makna ;)

------------
Sdr Razif, salam bahagia. Terima kasih banyak atas sokongan Sdr. Tidak sangka blog saya tersenarai dalam "I'm an avid reader of...".

Harap Sdr boleh memajukan lagi idea2 yang Sdr baca; jika ada kelemahan, kekurangan, kejahilan atau kecacatan pada idea2 saya, janganlah malu2 mengkritik saya di kolum surat Malaysiakini.com atau di bahagian komen blog saya.

Semua idea, bernas atau tidak, dialu-alukan. Penulis bukan pembawa wahyu, pastilah ada silapnya. faomar@yahoo.com

Nota: Jika tidak salah ingatan saya, inilah kali pertama saya mengetahui wujudnya blog Sdr

2:55 am  
Blogger the magnificent magpies said...

yasmin,
hehehe topik seluar dalam ni mmg satu topik yg semulajadinya boleh menimbulkan berbagai bagai perkara kelakar dan lawak...cuba kita cite pasal baju kurung ke, necktie ke, mesti x byk perkara yg buat kita rasa lawak...melainkan la kalau ada baju kurung yg bercorak seluar dalam...hehehe yg tu kelakar...

naza,
sesungguhnya aku x mempunyai rakan lain yg sama perangai mcm ko ni...hehehe kau lah satu satunya...

encik anonymous 1,
pendapat ko kat atas tu telah meluaskan lagi skop perbincangan ni...aku sokong pendapat ko tu...

encik anonymous 2,
fathi, terima kasih atas kunjungan saudara...saya sering saja berminat membaca dan mengikuti topik perbincangan yg saudara utarakan, walaupun sesetengah diskusi itu amat berat utk diterjah masuk kedalam minda akibat kecetekan ilmu, tapi itu tdak mengapa... :)

hey, sabtu yg lepas saya duk kat meja yg bersebelahan dgn saudara kat restoran hakim seksyen 7...belah kiri saudara...barangkali saudara x penah sedar, tapi dlm kerancakan saudara berborak, mungkin saudara ada terpandang dan perasan seseorang sedang menyendiri sambil menghirup teh...sayalah orang itu hehehe...ingin saya menyapa saudara ketika itu, tapi ada sedikit segan...hehehe si zulhabri takde plak skali ngan saya pada masa tu...

9:57 pm  
Anonymous Anonymous said...

kuiz : sapa pakai spender kat luar?

4:53 am  
Anonymous Anonymous said...

wha..?!urm..
0wh, am not brilliant enuff to answer that..poor me! :(
but, i guess one of them..
saudara razif kot..
kiki...

1:20 pm  

Post a Comment

<< Home