Friday, October 16, 2009

Qasyrina tak kasi ayah hisap rokok ye…


Okeh…hari ni Petronas bercuti sebagai ganti kepada hari Deepavali yang jatuh pada hari Sabtu (ramai rakan-rakanku yang cemburu kepada Petronas yang terlalu baik terhadap staf-stafnya). So aku ditugaskan oleh wifeku (yang juga cemburu denganku) supaya menjaga Qasyrina selepas sembahyang Jumaat, kerana sejak pagi tadi kami tak yakin dgn kebolehan maid Indon yang menjadi bidan terjun mengasuh anak kami hari ini.



So tengah hari tadi aku ambil Qasyrina. Nampak macam ok je maid tu jaga. Aku bawak balik rumah. Seperti biasa, aku membuat lawak-lawak slapstik sambil cuba mengimitate suara wifeku bergurau senda dengan Qasyrina. Qasyrina nampaknya terhibur (satu kejayaan ni). Perutku pula berbunyi-bunyi tanda sedang kebuluran. Aku memutuskan untuk masak megi sahaja memandangkan kemalasan aku untuk ke restoran mamak berada pada tahap sangat kritikal. Qasyrina masih lagi rilek. Tenang bersantai di bouncing netnya. Aku pula kekenyangan. Aku bercadang untuk membuat air white coffee hazelnut panas sempena meraikan kejayaanku yang masih mampu membuat Qasyrina tidak menangis.


Tapi benar kata saintis, kafein yang terlarut pada air kopi mampu membangkitkan rasa ketagihan terhadap nikotin pada seorang perokok seperti aku. Disebabkan aku setuju dengan teori tersebut, aku berhasrat mahu ke balkoni menghisap rokok. Tak sempat aku bangun dari duduk, Qasyrina mengeluarkan bunyi2 tanda mahu melalak. Aku batalkan niat seketika. Aku dodoi dia, tidak berjaya. Tangisan mulai kuat. Aku pangku dia pula, masih tidak berjaya. Teriakan semakin kuat. Ketagihan semakin tidak terbendung.


Aku bawa dia ke dapur untuk membuat susu (jangan tak percaya). Aku suakan botol berisi 3 fl oz susu formula kepada Qasyrina. Qasyrina dengan rakusnya menyambar puting. Berjaya habis! Sekali lagi lubang hidungku kembang kempis akibat terlalu bangga dengan kehandalan diri sendiri membuat susu yang lazat berkrim.


Qasyrina kembali rilek. Sedangkan hatiku pula kembali pada niat asal yang murni, mahu menghisap rokok. Qasyrina dilihat menguap beberapa kali. Naluri bapa mithaliku mengatakan bahawa Qasyrina harus ditiduri dulu. Jadi aku memburpkan dia dulu sebelum meribanya. Tersendawa Qasyrina sekali. Lubang hidungku sudah mula letih kembang kempis. Mata Qasyrina semakin melayu. Senang Qasyrina lena petang ini, sangkaanku. Sambil meribanya, aku membuka laptop dan jariku sibuk menaip komen pada status rakan rakan di facebook. Confirm, Qasyrina dah tidur sekarang. Aku harus menceritakan pada wifeku tentang kejayaanku ini dengan nada takbur sekembalinya dia dari pejabat nanti.


Aku biarkan Qasyrina lena dipangkuanku selama kurang lebih 20 minit. Okeh, smoking time. Aku letakkan dia di tilam empuknya. Aiseh, dia buka mata la pulak. Silap aku juga kerana agak gopoh, kepalanya terkena jam tangan aku. Qasyrina kembali menangis. Aku pun terasa mahu menangis juga. Qasyrina tak kasik ayah hisap rokok ye. Aku dodoikan Qasyrina. Kepala Qasyrina melentok pada dadaku. Tangan kirinya pula seakan memeluk perutku. Seakan tidak membenarkan aku lepas darinya. Mustahil bayi berusia 2 bulan sudah tahu akan bahaya rokok terhadap ayahnya? Akalku memberi hujah logik.


Ketagihan sudah melampaui batas norma-norma kehidupan. Namun kasih sayang seorang bapa masih bertahta di atas. Aku kembali mendodoikan Qasyrina sambil mataku menjeling lesu pada kotak rokok yang berada di atas meja. Setelah 15 minit masa berlalu, mata Qasyrina menjadi kuyu semula. Aku nekad. Aku letak Qasyrina pada bouncing netnya. Lalu pantas aku mengambil kotak rokok itu dan berlari menuju ke balkoni. Sebatang rokok dinyalakan. Asap dihembus. Fuhhhh secara perlahan asap membentuk bulatan O hasil susah payah aku memuncungkan bibir. Nikmat tidak terperi. Mataku berkeliaran memerhatikan kanak-kanak dan aweks- aweks berbikini mandi swimming pool. Sambil itu pula telinga aku berjaga-jaga mengesan teriakan Qasyrina yang mungkin akan kedengaran pada bila bila masa. Tak sampai separuh rokok terbakar….


Uwek Uwek Uwek… tangisan Qasyrina berskala 55 decibel menenggelamkan bunyi percikan air kolam renang.


Ok Qasyrina…ayah datang! I’m coming, I’m coming…


share this: facebook

1 Comments:

Blogger aranhellstorm said...

kah kah kah...len kali kasi kompom dia tdo lena dulu..hehehhe..

ingat dah bersawang habes dah gua blog ko nih....

2:44 pm  

Post a Comment

<< Home